News Update :
Hot News »
Bagikan kepada teman!

Tawaran Belajar di Kolej Profesional Mara

Penulis : Ahsfantasy Ryu on Monday, 25 November 2013 | 10:20

Monday, 25 November 2013

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 
  • Pelajar mestilah mempunyai kelayakan akademik SPM / SPMV yang telah disyaratkan untuk mengikuti program yang ditawarkan. 
  • MARA berhak menarik balik tawaran ini jika pelajar tidak memenuhi syarat kelayakan akademik atau lain-lain syarat yang telah ditetapkan. 

KESIHATAN 
  • Pelajar mestilah sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti pengajian. 
  • Pemeriksaan kesihatan hendaklah dibuat di Hospital Besar, Klinik Kerajaan atau Klinik Swasta. Segala urusan pembayaran pemeriksaan kesihatan adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri.
  • MARA berhak menarik balik tawaran ini jika kesihatan pelajar boleh menjejaskan pembelajaran di KPM. 

PERSIAPAN KE KPM 
  • Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berikut untuk dilengkapkan bagi persiapan pelajar mendaftar di KPM. Sila baca Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian dengan teliti; Buku Pendaftaran Pelajar (Registration Booklet), Dokumen Perjanjian – 3 Set.
  • Pelajar dikehendaki membawa salinan asal dokumen. Semua dokumen hendaklah dibawa bersama semasa melaporkan diri seperti berikut: Sijil SPM, Sijil Kelahiran Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara,Sijil Kelahiran ibubapa/penjaga yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara 
  • Pelajar tidak dibenarkan mendaftar sekiranya tidak membawa dokumen-dokumen diatas. 

PERATURAN BERPAKAIAN 
  • Pakaian disediakan oleh pelajar dan pembiayaan tidak ditanggung oleh MARA. 
  • Pemakaian ke kuliah/kelas atau majlis formal adalah seperti berikut: 
  • Pelajar Lelaki; Kemeja lengan panjang/pendek, Baju bercorak bunga-bunga dan warna garang tidak dibenarkan, Bertali Leher, Mesti kemas dan bersih, Seluar panjang 'Jeans' tidak dibenarkan, Kasut kulit / PVC, Kasut kanvas, sandal dan selipar, tidak dibenarkan, Stokin, Bersolek tidak dibenarkan.
  • Pelajar Perempuan; Baju Kurung dan Kebarung sahaja, Tidak jarang,Tidak melekat atau 'body-hugging', Tiada belahan, Mesti kemas dan bersih, Tudung kepala (corak bebas), Purdah tidak dibenarkan sama sekali, Kasut kulit / PVC,Tumit kasut tidak melebihi 4 sm, Kasut kanvas, sandal dan selipar, tidak dibenarkan, Stokin, Bersolek tidak dibenarkan. 
  • Pemakaian bagi aktiviti luar bilik kuliah atau aktiviti luar yang tidak rasmi (pakaian outing) adalah seperti berikut:
  • Pelajar lelaki hendaklah berpakaian kemas dan berkasut (sandal atau selipar tidak dibenarkan) semasa outing. Seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali. 
  • Pelajar perempuan dibenarkan memakai baju kurung/ kebarung sahaja dan berkasut (sandal dan selipar tidak dibenarkan) untuk keluar ke bandar (outing). Seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.
  • Selipar hanya dibenarkan di Surau dan Asrama. 
  • Pelajar lelaki tidak di benarkan memakai aksesori-aksesori seperti rantai, gelang tangan dan subang
  • Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang hingga menutup telinga, mencecah kolar kemeja atau mencecah kening. Ianya hendaklah kemas dan rapi. 

PAKAIAN RIADAH SEMASA SESI ORIENTASI
Pelajar dikehendaki membawa pakaian sukan seperti berikut: 
  • 2 pasang Baju-T berkolar tanpa corak ( berlengan panjang untuk perempuan) 
  • 2 pasang seluar trek (warna gelap)
  • 1 pasang kasut sukan 

TAMBANG PERJALANAN PELAJAR MALAYSIA TIMUR (SABAH, 
SARAWAK & LABUAN) 
  • Pelajar yang layak mendapat bantuan elaun pelajar akan dibiayai tambang perjalanan udara (penerbangan) pergi dan balik sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. 
  • Pelajar boleh membuat tuntutan bayaran perjalanan ini dengan mengemukakan tiket asal untuk mendapatkan gantian kos penerbangan. 

ELAUN SARA HIDUP
  • Pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA akan menerima bantuan seperti berikut : 
             i. Program Peringkat Diploma RM300.00 /sebulan 
            ii. Program Persediaan RM250.00 /sebulan 
  • Pelajar hanya layak mendapat separuh elaun sekiranya pembelajaran kurang daripada 15 hari. Proses penyediaan elaun mengambil masa 2-3 bulan pertama semasa semester 1, justeru ibubapa/penjaga dikehendaki menyediakan wang saku pelajar untuk perbelanjaan makan/minum dan lain-lain keperluan harian jika perlu. 

PENGINAPAN DI ASRAMA 
  • Asrama disediakan bagi semua pelajar semester 1. Pelajar-pelajar tahun 2 (semester 3) dan seterusnya akan diberikan kemudahan penginapan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh KPM. Kemudahan yang disediakan di asrama adalah seperti berikut : 
            i. Katil 
            ii. Tilam 
            iii. Almari 
  • Pelajar boleh membeli makanan di kantin/ Food court yang di sediakan oleh KPM

RAWATAN PERUBATAN DAN PERLINDUNGAN INSURAN 
  • Pelajar bertanggungjawab atas semua perbelanjaan perubatan dan kesihatan sepanjang semasa tempoh pengajian. Pelajar dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan sekiranya sakit. 
  • Pelajar diwajibkan mengambil perlindungan insuran berkelompok yang akan diuruskan oleh pihak kolej. 

AKAUN SIMPANAN 
Semua pelajar dikehendaki membuka akaun simpanan seperti berikut : 
  1. Pelajar KPM Bandar Penawar : Bank Islam sahaja.
  2. Lain-lain KPM : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sahaja. 
  3. Pelajar lepasan program PIP yang meneruskan pengajian ke peringkat diploma/HND, tidak perlu membuka akaun simpanan baru. 

LATIHAN AMALI 
Pelajar dikehendaki menjalani Latihan Amali atau lain-lain program latihan yang ditetapkan oleh MARA bagi program-program tertentu. 

PERATURAN DAN TATATERTIB 
Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan yang telah di tetapkan oleh KPM  (Akademik, Disiplin dan Ko-kurikulum). Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh MARA dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pengajian. 

PEKERJAAN 
  • Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh pengajian sama ada secara sepenuh masa atau sambilan. 
  • MARA tidak menjamin apa-apa pekerjaan kepada pelajar setelah tamat pengajian. 

BERHENTI DARI KPM 
Sekiranya pelajar menarik diri/berhenti/diberhentikan maka semua pembayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan. Pelajar-pelajar juga dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang telah dibiayai oleh MARA kepada pelajar. 

MENGULANGKAJI / MEMINDA SYARAT TAWARAN 
MARA berhak, pada bila-bila masa mengubah, mengubahsuai atau meluaskan syarat-syarat tawaran ini tanpa menyentuh jaminan penjamin-penjamin dan tanpa melepaskan atau dengan apa-apa jalan menyentuh tanggungan penjamin-penjamin pelajar.

YURAN PENGAJIAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN
Untuk maklumat lanjut tentang yuran dan lain-lain bayaran, sila rujuk dokumen tersebut: http://apponline.mara.gov.my/upimonline/dokumen/PanduanPelajarBaruKPM.pdf
comments | | Read More...

Senarai Kolej Profesional Mara Seluruh Malaysia

Penulis : Ahsfantasy Ryu on Tuesday, 12 November 2013 | 09:42

Tuesday, 12 November 2013

KPM Bandar Penawar
Jalan Ungku Abdul Aziz

81930 Bandar Penawar
Kota Tinggi
Johor Darul Takzim

Tel : 07-884 2222
Faks : 07-884 2200


KPM Bandar Melaka
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka

Tel : 062812011/12
Faks :062812009
Laman Web : [masih dalam senggaraan]


KPM Beranang
Lot 2333, 
Jalan Kajang/ Seremban,
43700 Beranang,
Selangor

Tel : 0387668935/36
Faks :0387668940


KPM Indera Mahkota
Lot No. 14687, Bandar 
Indera Mahkota,
Jalan Sungai Lembing,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Tel : 095736304
Faks : 095736423


Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 566, Daerah Padang Terap
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Tel. : +604786 7250 / 7255
Faks. : +6047867254


KPM Seri Iskandar
Lot PT No.2635, Bandar Seri Iskandar,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan

Tel :05-3711045/05-3711184
Pengetua :05-3712655
Faks : 05-3712385


KPM Ayer Molek
Km 16, Jalan Tiang Dua,
75460 Ayer Molek
Melaka 

Tel. : 062695881 / 062695882








comments | | Read More...

Categories

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Saizam Jusoff . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger